15 May 2011

Karathu Puji Aksi Pemain

AKSI cemerlang pemain Kelantan ketika membenam Selangor 5-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin mendapat pujian menggunung jurulatihnya, Datuk M Karathu.
Beliau berkata, anak buahnya wajar mendapat pujian kerana bukan mudah untuk menjaringkan lebih daripada tiga gol di Shah Alam.

KAFA Hantar Surat Bantahan


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil langkah menghantar surat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan insiden bakar bendera ketika perlawanan Liga Super Kelantan menentang Negeri Sembilan minggu lalu.

14 May 2011

Pesta Kelantan


Norshahrul Idlan Talaha (tengah) meraikan kejayaan menyumbat
gol buat pasukan Kelantan menentang Selangor pada saingan
separuh akhir pertama Piala FA di Shah Alam, malam tadi.

Dapat bekalan selesa di Shah Alam
KELANTAN sudah sebelah kaki untuk mengulangi kemaraan layak ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut selepas membuat kejutan membelasah Selangor 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gergasi Merah Diratah

PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri)
diasak dua pemain Selangor

KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.

Norshahrul Tekad Hampakan Red Giants

Norshahrul Idlan Talaha

Mahu benam skuad Devan pada separuh akhir pertama Piala FA malam ini
TANDUKAN Norshahrul Idlan Talaha yang menyumbang gol tunggal kemenangan Kelantan ke atas Selangor 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua Liga Super di Kota Bharu baru-baru ini, masih segar dalam ingatan penyerang lincah The Red Warriors itu.
Menjelang pertemuan dengan pasukan yang sama pada pentas separuh akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini, Norshahrul bertekad mengulangi aksi sama untuk menghampakan Red Giants pimpinan K Devan.
Dengan 11 gol dalam Liga Super setakat ini, penyerang muda itu menaruh keyakinan Kelantan mampu mengulangi rentak kemenangan ke atas Selangor, apatah lagi rekod dua perlawanan sebelum ini memihak Kelantan.
Namun Norshahrul tetap berwaspada dengan lawan yang dibarisi pemain berpengalaman dan muda, selain status sebagai pendahulu Liga Super ketika ini.
“Secara peribadi, saya rasa tiada masalah memandangkan rekod Kelantan yang menewaskan dua kali pasukan lawan tetapi saya akui, selepas kemenangan di Kota Bharu itu, saya mengalami tempoh kemarau dan berazam menamatkannya malam esok (malam ini) walaupun beraksi di gelanggang lawan,” katanya, semalam.

619 Minit Tanpa Bolos

Khairul Fahmi Che Mat

KOTA BHARU – Reputasi Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol utama kebangsaan pernah diragui gara-gara beliau mempamerkan prestasi buruk ketika menjaga gawang gol The Red Warriors sepanjang perlawanan April lalu.
Sebanyak 11 gol yang dilepaskan dalam empat perlawanan iaitu merangkumi perlawanan menentang Pahang (0-2), Harimau Muda ‘A’ (2-1), T-Team (3-4), dan Perak (0-4) bukannya satu jumlah yang sedikit bagi seorang penjaga gol bertaraf kebangsaan.
Namun, situasi itu kini berbeza sama sekali. Rekod tanpa bolos dalam enam perlawanan dengan kali terakhir pintu golnya dibolosi pada pertemuan menentang Perlis di Kangar pada 19 April lalu membuktikan dia kini kembali ke kemuncak prestasinya.
Khairul Fahmi ketika dihubungi mengakui keterujaannya sementelah rekod tanpa bolos 619 minit itu kini mengatasi rekod yang dilakukan oleh rakan sepasukannya, Shahrizan Ismail selama 488 minit dua tahun lalu.

Karathu Yakin Mampu Bangkit


KOTA BHARU – Ketumpulan jentera serangan memanfaatkan peluang terhidang akhirnya membawa padah apabila Kelantan terpaksa melepaskan gelaran peneraju takhta liga kepada Selangor, malam kelmarin.

FAM Perlu Ambil Tindakan Tegas

BENDERA Kelantan (dalam bulatan) dibakar penyokong Negeri Sembilan 
i Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

KELAB Penyokong Siber Bola Kelantan (Kelate.Net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap penyokong bola sepak Negeri Sembilan berhubung insiden membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

Kelantan Terlepas Peluang


SEREMBAN – Kelantan melepaskan peluang terbaiknya  untuk kembali menerajui takhta liga setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Hormati Kemampuan Si Rusa

Karathu (dua,kiri) memantau dengan serius sesi latihan terakhir skuad
Kelantan di Kota Bharu, pagi semalam.

KOTA BHARU – Rekod cemerlang Negeri Sembilan setiap kali beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi musim ini mungkin tidak memihak kepada tuan rumah namun itu tidak bermakna Kelantan mengambil mudah apabila turun membuat perhitungan mutlak memburu tiga mata penting, malam ini.

Kelantan Makin Mengganas


KHALID JAMLUS membuka jaringan Kelantan pada aksi menentang Kedah kelmarin.

KELANTAN terus mengungguli persada liga selepas mencatat kemenangan kelima berturut- turut pada pusingan kedua Liga Super selepas membenam caba- ran Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kelantan Kekal Teraju Liga


KELANTAN 2
Muhammad Khalid Jamlus (m-54)
S Chanturu (m-66)
KEDAH 0

Piya Sedia Teruskan Aksi Terbaik

Muhd Badhri Radzi

KOTA BHARU – Ledakan enam gol dalam lima perlawanan terakhir membuktikan sentuhan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi masih lagi berbisa sekalipun pernah terpalit dengan prestasi tidak menentu tidak lama dulu.
Malah Ketua Pasukan Kelantan berusia 29 tahun itu tidak mahu menoleh lagi ke belakang sebaliknya bersedia menggegarkan pintu gol Kedah apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
“Pertemuan menentang Kedah malam esok (ini) pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong setia Kelantan. Pada pertemuan pertama di Alor Setar, kita sekadar seri 1-1 dan saya berharap keputusan itu (seri) tidak berulang apabila kita bertemu lawan yang sama malam esok (ini),” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Kedah sudah pasti berwajah baru dibawah tunjuk ajar jurulatih Wan Jamak (Wan Hassan) dan mereka mempunyai ramai pemain kebangsaan dalam pasukan itu. Namun itu tidak bermakna kita perlu merendah diri. Malam esok (ini), kita tetap turun dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh.

04 May 2011

Waspada Kebangkitan Johor FC


Pemain Kelantan dijangka menerima tentangan sengit apabila bertemu
Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini

KOTA BHARU – Kemenangan besar Johor FC 3-0 ke atas Sabah memberi isyarat yang cukup jelas kepada peneraju takhta liga, Kelantan bahawa pertemuan menentang pasukan berstatus kelab di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam ini tidak boleh dipandang enteng.

02 May 2011

Sengit Sebelum Menang


Norshahrul Idlan sempat melepaskan rembatan biarpun cuba dicabar
Ahmad Dashila dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur, malam semalam.


KOTA BHARU – Setelah Gergasi Lembah Klang, Selangor tumbang minggu lalu, malam semalam menyaksikan giliran Kuala Lumpur pula menerima nasib yang sama setelah tewas 2-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

01 May 2011

Kelantan Kembali Dipersada Liga


Piya menjaringkan gol pembukaan Kelantan pada aksi
menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu malam tadi.


KELANTAN 2
Muhd Badhri Radzi (m-24)
S Chanturu (m79)
KUALA LUMPUR 0
KOTA BHARU – Tampuk pendahulu liga sekali lagi bertukar tangan, setelah Kelantan berjaya mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.