05 April 2011

T-Team, Kelantan Berentap Lagi


Karathu memerhatikan anak buahnya menjalani latihan
 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU – Tidak sampai dua bulan menyingkirkan T-Team dalam saingan kempen Piala FA musim ini, dua seteru baru bola sepak tempatan, T-Team dan Kelantan sekali lagi turun berentap dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Chanturu Mahu Tebus Kesilapan


Chanturu mahu menebus kembali kesilapan lalu dengan menjaringkan gol
 untuk Kelantan pada pertemuan menentang T-Team, malam ini.

KOTA BHARU – Dia memiliki dua peluang terbaik untuk mencipta nama sebagai penjaring gol hatrik dalam perlawanan menentang Harimau Muda tempoh hari tetapi dipersia-siakan. Namun pertemuan menentang T-Team menjadi titik tolak kepada penyerang Kelantan, S Chanturu untuk menebus kembali kesilapannya dalam perlawanan terdahulu.

Kelantan Minat Jadi Tuan Rumah


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.

Karathu Lega, Kim Swee Hampa


Pemain Sayap, Solehin Kanasian merembat kencang biarpun cuba
dihalang pemain pertahanan Harimau Muda, Mohd Affize Faisal Mamat.

KOTA BHARU –Biarpun diasak hebat oleh pasukan Harimau Muda sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap menarik nafas lega setelah pasukan kendaliannya berjaya mengutip tiga mata penuh di Kota Bharu.