20 April 2011

Mat Yo Ketepikan Misi Peribadi Demi Maruah


Norshahrul Idlan (dua,kiri) serius mendengar arahan Karathu
dalam sesi latihan terakhir skuad Kelantan di Kota Bharu, pagi semalam.

KOTA BHARU – Sama ada gelaran penjaring terbanyak atau maruah pasukan yang dicari, penjaring gol terbanyak Kelantan setakat ini, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya mengetepikan misi peribadi dengan meletakkan kepentingan maruah pasukan Kelantan sebagai keutamaannya menjelang pertemuan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam ini.

Tiga Mata Penuh Jadi Impian


Karathu (tiga,kiri) mahu anak buahnya mempamerkan kebangkitan
luar biasa apabila menentang Perlis di Kangar, malam ini.

KOTA BHARU – Setelah hampa untuk mengutip tiga mata penuh ditempat sendiri, Kelantan mahu menjadikan pertemuan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar malam ini medan untuk pemainnya mengembalikan sokongan peminat setia dengan membawa pulang tiga mata penuh ke Kota Bharu.

Karathu Pertahan Aksi Pemainnya


KOTA BHARU – Keputusan seri tanpa jaringan pertemuan Kelantan menentang Sabah bukan sahaja mencetuskan kemarahan penyokong setia The Red Warriors malah mencetus tanda tanya disebalik prestasi kian merudum anak didik Datuk M Karathu ketika saingan Liga Super kini memasuki babak pertengahan liga.