11 April 2011

Karathu Lega Kelantan Kembali Tunjuk Garang


PEMAIN Felda United, Mohd. Kaironnisam (kiri) menghalang pemain Kelantan,
Norshahrul Idlan dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 6-0.

SELEPAS tewas mengejut di tangan T-Team Selasa lalu, Kelantan ibarat sang Singa yang terluka apabila menjadikan Felda United sebagai mangsa pertama selepas membaham pasukan tersebut 6-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV malam kelmarin.