30 March 2011

Karathu Cari Keserasian Pemain


KOTA BHARU – Biarpun mencatatkan keputusan memberangsangkan setelah membelasah pasukan Wakaf Aik FC menerusi kemenangan 6-0 dalam perlawanan persahabatan petang semalam, namun Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tidak melihat keputusan tersebut, sebaliknya sedang menilai keserasian pemain bagi menghadapi pasukan Harimau Muda ‘A’ di Kota Bharu, Jumaat ini.

Kelantan Ada Ramuan Terajui Liga Super


SAINGAN Liga Super bersambung, Jumaat ini dengan pendahulu, Kelantan akan cuba mempertahankan kedudukannya yang hanya dibezakan dengan jaringan gol apabila melayan kunjungan Harimau Muda A di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

28 March 2011

Kelantan Hormati Sime Darby


Pemain Kelantan Tuan Md Norhafiziee cuba melarikan bola dari dua
 orang pertahanan Sekolah Sukan Bandar Penawar.

KOTA BHARU – Kelantan tetap menghormati KL Sime Darby FC apabila kedua-dua berentap dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Kumpulan A, Liga Piala Presiden di Stadium Mini Petronas, Bangi petang ini.

21 March 2011

Kekuatan Mental Faktor Kejayaan


Pemain sayap Kelantan, Solehin Kanasian Abdullah terkepung dengan asakan tiga pemain
KL Felda United Fc dalam perlawanan malam kelmarin.

KOTA BHARU – “Saya puas”. Begitulah ungkapan pertama yang dizahirkan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu sesudah melihat kebangkitan luar biasa anak buahnya menyingkiran KL Felda United FC menerusi kemenangan 3-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Usah Leka Saat Akhir Elak Padah


Penjaring utama Kelantan, Mohd Aris Zaidi yang terpaksa
berehat hampir dua bulan kerana mengalami patah
tulang bahu ketika pertemuan dengan Pulau Pinang baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jangan ulangi kesilapan lalu. Mungkin itu ungkapan yang tepat untuk skuad Piala Presiden Kelantan yang akan turun berhadapan T-Team dalam aksi Liga Piala Presiden di Padang C, Kompleks Sukan Negeri (KSN), Gong Badak, petang ini.

20 March 2011

Kelantan Mara Ke Separuh Akhir


Chanturu menjaringkan gol pertama Kelantan hasil lorongan dari Norshahrul Idlan.

KL FELDA UNITED FC 0
KELANTAN 3
S Chanturu (m-18)
Mohd Nurul Azwan Roya (m-66)
Mohd Nizad Ayub (m-88)

19 March 2011

Misi Buru Kemenangan – Karathu


Karathu menyampaikan amanatnya kepada para pemain selepas sesi
 latihan terakhir skuad Kelantan, petang semalam.

KOTA BHARU – “Misi wajib menang”. Begitulah pesanan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada pemainnya apabila Kelantan turun berhadapan dengan KL Felda United FC dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam ini.

Kami Tidak Hirau Tekanan - Piya


Kapten Kelantan, Muhd Badhri Radzi (tengah) menagih aksi luar biasa daripada
 rakan sepasukannya dalam pertemuan menentang KL Felda United FC, malam ini.

KOTA BHARU – “Minimakan kesilapan, serap tekanan dan manfaatkan setiap peluang terhidang”. Begitulah pesanan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi kepada rakan sepasukannya menjelang sepak mula pertemuan menentang KL Felda United FC dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

17 March 2011

Peluang Kelantan Masih Terbuka


Penyerang prolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha
meraikan gol dengan menari dalam perlawanan malam kelmarin.

KOTA BHARU – Meskipun Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan KL Felda United FC dalam pertemuan pertemuan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam semalam, namun peluang masih terbuka bagi bekas naib juara edisi 2009 itu melangkah ke saingan separuh akhir.

16 March 2011

Laluan Sukar Menanti Kelantan



KELANTAN 2
Muhd Badhri Radzi (m-45)
Norshahrul Idlan Talaha (m-70)
KL FELDA UNITED FC 2
Muhammad Zamri Chin (m-31)
Liew Kit Kong (pen m-90)

15 March 2011

The Red Warriors Perlu Menang Malam Ini

Datuk M.Karathu

KOTA BHARU – Pendahulu Liga Super, The Red Warriors tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang pada pertemuan dengan lawan, Felda United pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

14 March 2011

Kekalahan Jadi Pengajaran


KOTA BHARU – ‘Jadikan satu pengajaran’. Begitulah komen Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu selepas melihat pasukan kendaliannya tersungkur 0-2 kepada Pahang pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam semalam.
Penyerang Pahang, R Surendran sempat melepaskan sepakan biarpun cuba dikejar pemain
 pertahanan, Mohd Farisham Ismail dalam perlawanan yang berkesudahan Pahang menang 2-0
 di Kuantan, malam semalam.

13 March 2011

Rekod Tanpa Kalah Kelantan Lebur


Penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil menarik baju Mohd Daudsu Jamaluddin dalam usahanya melepasi halangan pemain tersebut.

PAHANG 2
R Surendran (m-43)
Mohd Faizol Hussin (m-90)
KELANTAN 0

12 March 2011

Mahu Pemain Manfaatkan Peluang


Datuk M Karathu

KOTA BHARU – Sekalipun tanpa kelibat S Subramaniam dan Muhammad Khalid Jamlus di kem Kelantan, namun tidak ada laluan mudah bagi pasukan Pahang untuk mencalarkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam enam perlawanan setakat ini, apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam perlawanan ketujuh Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Enggan digelar skuad tempang, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui pasukannya sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi percaturan taktikal Dollah Salleh, walaupun menyedari ranjau berduri menanti para pemainnya apabila beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.
“Saya tidak mahu merendahkan keupayaan mana-mana pasukan. Setiap pasukan yang bermain di tempat sendiri, mahukan kemenangan dan Pahang tidak terkecuali mempunyai motivasi tinggi untuk mengalahkan Kelantan, lebih-lebih lagi kita masih mengekalkan kedudukan selaku peneraju carta liga ketika ini.

Pemain Masih Cari Keserasian


Pemain Kelantan meraikan gol pertama yang dijaringkan Mohd Aris Zaidi menerusi sepakan
 penalti dalam perlawanan tersebut.

KOTA BHARU – Meskipun mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada perlawanan Liga Piala Presiden malam kelmarin, namun kegagalan jentera serangan memanfaatkan deretan peluang terhidang menyerlahkan kelemahan skuad bimbingan Zahasmi Ismail sesudah mengharungi lima perlawanan setakat ini.

Carroll gets duo backing

Joe Cole and Lucas Leiva were united in their praise for the performance of Andy Carroll after the striker's commanding cameo display against Braga on Thursday night.

Although Liverpool succumbed to a 1-0 defeat in the Europa League last 16 meeting at the Estadio AXA, Carroll's impact after coming on as a second-half substitute was cause for great optimism ahead of next week's second leg at Anfield.
Cole told Liverpoolfc.tv: "He did well. It was really good to get to use him and he's going to be a really big player for the club.
"The fans are going to love his all-action style and it was great to see him."
Lucas added: "We know he has been out for a few months and will come back slowly.
"We don't want to put a lot of pressure on him now because it would be unfair, but he gives us another option.

11 March 2011

Kenny on Braga and Carroll

Kenny Dalglish admits Liverpool were left deeply disappointed by their 1-0 defeat to Braga - but praised the impact of Andy Carroll's cameo performance in Portugal.



Alan's 18th minute penalty condemned the Reds to a slender defeat at the Estadio AXA, meaning they'll have it all to do in next week's return meeting at Anfield if they are to progress into the quarter-finals of the Europa League.
However, Carroll's introduction as an early second-half substitute raised Liverpool's performance in Portugal, with the striker's aerial prowess causing havoc for Braga defenders - and Dalglish felt his side could have had a spot kick of their own when Joe Cole was brought down in the area.
"It was a very poor first-half performance from ourselves," the manager told his post-match press conference. "We have no complaints whatsoever about the penalty.
"We picked it up a little bit in the second half and looked a bit more threatening, especially after Andy came on, and I think we were probably denied with a stone wall penalty ourselves.

09 March 2011

Kelantan Benam Selangor 2-0

Kesebelasahan utama pemain Kelantan yang diturunkan dalam perlawanan menentang Selangor
 di Kota Bharu, malam semalam.

KELANTAN 2
Mohd Aris Zaidi (pen m-77)
Tuan Mohd Norhafiziee Tuan Mahmood (m-89)
SELANGOR 0
KOTA BHARU – Kelantan meneruskan rentak kemenangan dihalaman sendiri setelah mengalahkan Selangor 2-0 dalam perlawanan Liga Piala Presiden yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam semalam.

08 March 2011

Belajar Bahasa Kelantan Part 4 (J - L)

jah - saja
jambe - tandas
jangok – melaram
jauh jelak – sangat jauh
jebeh – masam muka
jebour – botol
jenero - tertidur
jjerik – menangis
jjolo – terjulur
jok - sejak
jjujuk - tersusun panjang

05 March 2011

Kelantan Layak Ke Suku Akhir


PASIR GUDANG – Pendahulu Liga Super, Kelantan mudah melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA semalam apabila mengetepikan Johor FC dengan jaringan 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium J-Corp, Pasir Gudang, malam tadi.
Kelantan yang membariskan hampir kesemua kesebelasan utama mereka kecuali penjaga gol utama kebangsaan, Mohd Khairul Fahmi yang diganti penjaga gol kedua negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Mohd Sharizan Ismail.
Kelibat pemain jersi nombor 12, Mohd Nurul Azwan Roya dan pemain kebangsaan, NorShahrul Idlan Talaha nyata membuatkan pasukan tuan rumah goyah pada separuh masa pertama.

04 March 2011

Kelantan, Johor FC Intai Peluang


Mohd Nurul Azwan Roya,dulu kawan
kini lawan

KOTA BHARU – Andai prestasi semasa menjadi ukuran, Kelantan seharusnya tidak berdepan masalah untuk melangkah ke saingan suku akhir Kejohanan Piala FA musim ini, namun lawan yang menanti, Johor FC pastinya tidak sesekali memberi laluan mudah kepada Kelantan apabila kedua-dua pasukan turun berentap dalam perlawanan malam ini.
Dalam format perlawanan pusingan kedua kalah mati ini, apa-apa pun boleh berlaku. Setiap pasukan tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukan mereka boleh melangkah mudah ke pusingan seterusnya.
Buktinya, dalam perlawanan pertama lalu, Kelantan diheret oleh T-Team beraksi dalam masa tambahan setelah kedudukan terikat seri 1-1 sebelum penentuan sepakan penalti memihak kepada Kelantan dengan keputusan 6-5.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, perlawanan menentang Johor FC merupakan satu lagi perlawanan yang begitu sukar dihadapi pasukannya dan beliau menganggap kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk mencipta kemenangan.

Kelantan Tak Rela Diratah

NORSHAHRUL (tengah) menjadi sandaran Kelantan pada aksi Piala FA bertemu Johor FC malam ini.

AKSI konsisten yang dipamerkan anak-anak buah Datuk M. Karathu dalam setiap perlawanan menghadirkan bayangan bahawa Kelantan tampak bersedia untuk mencabar gelaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Kredibiliti Kelantan selaku pendahulu Liga Super pastinya mahu diteruskan oleh barisan pemainnya apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang bertemu Johor FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA malam ini.

Banyak Kelemahan Perlu Diatasi

Muhammad Ramzul Zahini (kiri) yang mengalami
 kecederaan hamstring mungkin perlu berehat
 sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan.

KOTA BHARU – Walaupun berjaya membenam Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam semalam, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi pasukan Kelantan untuk menghadapi perlawanan liga seterusnya.
Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui di sebalik kejayaan Kelantan berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan tersebut, namun pada masa yang sama, beliau tidak mahu pemainnya berpuas hati dengan kemenangan tersebut.
“Sudah pasti kita gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi mengalahkan Negeri Sembilan di hadapan penyokong sendiri. Namun, saya tidak mahu pemain Kelantan mendabik dada mengatakan itu adalah persembahan terbaik kita setakat ini.
“Kalau kita lihat pada separuh masa pertama, aksi pemain kita serba tidak menjadi dengan banyak hantaran tidak tepat dilakukan oleh pemain. Malah banyak gerakan kita mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan. Mujur pasukan Negeri Sembilan tidak dapat menjaringkan gol awal, kalau tidak, keputusan perlawanan sudah pasti berbeza.
“Namun, tidak dinafikan gol pada awal babak kedua hasil jaringan S Chanturu berjaya merubah rentak permainan pemain kita dalam perlawanan tersebut. Hasilnya, corak permainan kita kembali agresif dan kita berjaya menjaringkan dua gol selepas itu,” katanya.

03 March 2011

Kelantan Dalam Kelas Tersendiri



KELANTAN berada pada kelas tersendiri apabila membenam cabaran Negeri Sembilan 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Apa yang nyata, ia adalah suatu yang cukup sempurna untuk diraikan seluruh kem Kelantan ketika pencabar utama, Perak hanya sekadar berkongsi mata selepas mencatat keputusan seri dengan Harimau Muda A sekali gus membolehkan The Red Warriors mendahului kedudukan liga dengan kelebihan dua mata.

Kelantan Bangga Tumbangkan Negeri Sembilan

Norshahrul IdlanTalaha antara
 penjaring gol Kelantan ketika menang
 selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan
 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan
 Muhammasd IV, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU – Kejayaan Red Warriors menumbangkan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf bintang, Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, menggembirakan ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.
Karathu memuji barisan pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan dan menunjukkan disiplin tinggi, terutama barisan pertahanan sehingga berjaya mematahkan setiap serangan lawan.
Menurutnya, Kelantan kini mempunyai sasaran lebih jelas, iaitu mahu terus mencipta kemenangan untuk kekal selesa di puncak liga.
“Kita dapat lihat pemain berjaya melakukannya pada perlawanan malam tadi (kelmarin).
“Sasaran kami untuk meningkat pada setiap perlawanan dan menjadi pasukan yang sangat kompetitif. Biarpun pasukan Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain berkaliber namun, kita berjaya melakukannya dengan baik.
“Pujian juga harus diberikan kepada kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang cukup disiplin. Mereka bekerja dan terus bekerja selain bantuan yang diberikan oleh pemain lain dalam mengekang asakan pasukan lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

02 March 2011

Kijang "Bunuh" Rusa


Kesebelasan Utama Kelantan

KOTA BHARU –Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Namun kemenangan malam tadi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal setelah penyerang muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Ramzul Zahini Adenan terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan serius setelah bertembung dengan Ketua Pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan pada pertengahan babak kedua.
Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, walaubagaimanapun tiada jaringan dilakukan pada aksi separuh masa pertama setelah kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan lebih berhati-hati sepanjang tempoh tersebut.

Belajar Bahasa Kelantan Part 3 (G - I)

ganah - ganas
gaduh - terburu-buru
gaha - berus
gamok - agak
gedebe/ddebe - samseng
gegea gegok - bising sangat
gewe - awek
ggaji - gergaji

01 March 2011

Kelantan Enggan Cicir Mata


S Chanturu bersedia diturunkan malam ini
selepas pulih daripada kecederaan ketika
menentang Kedah tempohari

KOTA BHARU – Pertembungan dua finalis Piala Malaysia musim lalu, Kelantan menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini dijangka menjadi medan perhitungan dua jurulatih berpengalaman yang penuh dengan tipu muslihat dalam corak taktikal masing-masing.
Bagi Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, kejayaan mengatasi Sabah 1-0 di Paroi tempoh hari disambut dengan perasaan gembira selepas diberi kata dua Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mohammad Hassan ekoran prestasi merudum pasukan bimbingannya selepas mengharungi empat perlawanan.
Namun bagi pengendali Kelantan, Datuk M Karathu, keputusan seri 1-1 dengan Kedah di Alor Setar ternyata tidak menggembirakannya sebaliknya beliau mahu pertemuan menentang Negeri Sembilan malam ini menjadi medan kebangkitan anak buahnya daripada terus dihimpit kecelaruan mendapat mata penuh.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Super musim lalu berpihak kepada Kelantan yang menang 3-1 di Paroi dan 1-0 di Kota Bharu manakala dalam aksi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia, kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Paroi sebelum Kelantan tewas 0-1 di Kota Bharu.
Karathu berkata, setiap keputusan perlawanan di Kota Bharu amat penting dan beliau tidak mahu Kelantan terus tercicir mata pada perlawanan pusingan pertama liga.