30 April 2011

Kelantan Fokus Tiga Mata



KOTA BHARU – Atas kertas kelebihan mungkin berpihak kepada Kelantan untuk terus mengekalkan rentak kemenangan, namun The Red Warriors tetap tidak memandang mudah apabila bertemu Kuala Lumpur dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Karathu Tarik Nafas Lega


Kesebelanan utama pemain Kelantan yang diberi kepercayaan
oleh Kerathu turun beraksi menentang Selangor.

KOTA BHARU – Biarpun Kelantan hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh tradisinya Selangor, raut wajah pengendali, Datuk M Karathu jelas menggambarkan kepuasan tatkala anak buahnya dilihat bermain dibawah tahap keupayaan yang sebenar dalam perlawanan malam semalam.

28 April 2011

Red Giants Tersungkur


KELANTAN 1
Norshahrul Idlan Talaha (m-4)

SELANGOR 0

Perhitungan Demi Maruah

KOTA BHARU – Seumpama pentas perlawanan akhir, pertemuan dua musuh tradisi, Kelantan menentang Selangor dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini sudah pasti menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan.

Pertembungan Dua Gergasi

Kelantan, Selangor tentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super
PERTEMBUNGAN dua gergasi – Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, esok umpama ‘pertemuan buku dengan ruas’ menentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super, musim ini.

24 April 2011

Karathu Gembira Aksi Cemerlang



KOTA BHARU – Aksi cemerlang barisan pemain Kelantan ketika mengalahkan Perlis 4-0 bukan sahaja menggembirakan penyokong setia The Red Warriors, malah mendapat pujian daripada Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu sendiri yang tanpa berselindung mengakui anak buahnya ternyata memiliki karisma untuk mempamerkan persembahan cemerlang dalam perlawanan itu.

23 April 2011

Singa Utara Kena Ratah

Penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha, menjaringkan 1 gol
dalam perlawanan menentang Perlis pada malam tadi.

KELANTAN 4
Mohd Izuan Salahuddin (m-40)
Norshahrul Idlan Talaha (m-51)
Mohd Nizab Ayub (m-69)
Muhd Badhri Radzi (m-73)
PERLIS 0

Red Warriors Baham Singa Utara

PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak
pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan
pusingan kedua Liga Super, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.
The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.

Peluang Terbaik Kutip Tiga Mata – Karathu


Norshahrul Idlan Talaha menjadi sandaran utama Kelantan untuk merobek pintu gol Perlis, malam ini.

KOTA BHARU –  Masih segar dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Perlis tempohari, Kelantan sekali lagi bersedia untuk ‘berpesta gol’ apabila turun bertemu lawan yang sama dalam aksi perlawanan pertama pusingan kedua bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Jangan Leka Sangat – Karathu


KARATHU (tengah) menganggap pertemuan menentang Perlis malam ini sangat penting.

“JANGAN leka dibuai kejayaan lalu, sebaliknya berikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan.”

Amukan Piya Sengsarakan Perlis


Piya menjaring tiga gol dalam perlawanan menentang Perlis tempoh hari.

KOTA BHARU – Tirai pusingan pertama saingan Liga Super ditutup penuh bergaya oleh Kelantan apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis dengan kemenangan besar 5-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar malam kelmarin.

Kelantan Sedia Benam Kedah

Mohd Azyu Ikmal Che Mat Nor (tengah) menjadi sandaran utama di jentera serangan
Kelantan pada pertemuan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, petang ini.

KOTA BHARU – Skuad Piala Presiden Kelantan mahu menjadikan kemenangan besar 5-1 ‘abangnya’ ke atas Perlis dalam aksi Liga Super sebagai pembakar semangat apabila turun menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang ini.

Kelantan Kembali Bangkit


NORSHAHRUL (kanan) meledak dua gol untuk
Kelantan pada aksi menentang Perlis kelmarin.
MENGHARUNGI dua perlawanan yang cukup mengecewakan terutama ketika tumpas di tangan pasukan Perak sebelum diikat Sabah di laman sendiri sehingga menimbulkan keresahan peminat pantas diubati oleh skuad The Red Warriors.

20 April 2011

Mat Yo Ketepikan Misi Peribadi Demi Maruah


Norshahrul Idlan (dua,kiri) serius mendengar arahan Karathu
dalam sesi latihan terakhir skuad Kelantan di Kota Bharu, pagi semalam.

KOTA BHARU – Sama ada gelaran penjaring terbanyak atau maruah pasukan yang dicari, penjaring gol terbanyak Kelantan setakat ini, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya mengetepikan misi peribadi dengan meletakkan kepentingan maruah pasukan Kelantan sebagai keutamaannya menjelang pertemuan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam ini.

Tiga Mata Penuh Jadi Impian


Karathu (tiga,kiri) mahu anak buahnya mempamerkan kebangkitan
luar biasa apabila menentang Perlis di Kangar, malam ini.

KOTA BHARU – Setelah hampa untuk mengutip tiga mata penuh ditempat sendiri, Kelantan mahu menjadikan pertemuan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar malam ini medan untuk pemainnya mengembalikan sokongan peminat setia dengan membawa pulang tiga mata penuh ke Kota Bharu.

Karathu Pertahan Aksi Pemainnya


KOTA BHARU – Keputusan seri tanpa jaringan pertemuan Kelantan menentang Sabah bukan sahaja mencetuskan kemarahan penyokong setia The Red Warriors malah mencetus tanda tanya disebalik prestasi kian merudum anak didik Datuk M Karathu ketika saingan Liga Super kini memasuki babak pertengahan liga.

17 April 2011

Kongsi Mata


Pemain Kelantan Solehin Kanasian membuat satu percubaan dihadapan
pintu gol Sabah yang dikawal oleh Syed Adney pada perlawanan malam tadi.

KELANTAN 0
SABAH 0

Azman : Pemain Tak Berfungsi Dengan Baik


PEMAIN Kelantan (jersi putih) tidak beraksi pada tahap terbaik
sehingga mudah dibelasah Perak pada perlawanan di Ipoh malam kelmarin.

SEMUA pemain gagal berfungsi dan kualiti permainan sangat teruk.
Itu komen pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, ekoran kekalahan memalukan pasukannya yang dibenam Perak 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Kekalahan Sukar Diterima


Norshahrul Idlan Talaha dilayankan kad kuning kerana melakukan terjahan
keras ke atas pemain pertahanan Perak dalam perlawanan malam semalam.

KOTA BHARU – Tewas dengan jaringan satu gol mungkin boleh diterima namun kekalahan besar empat gol tanpa balas menceritakan segala-galanya bahawa perjalanan The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini tidak semudah yang disangkakan biarpun memulakan saingan liga pada awal musim dengan permulaan yang cukup cemerlang.

Misi Balas Dendam

Mohd Azyu Ikmal Che Mat Nor (tengah) sediakan diturunkan dalam
pertemuan menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini.
KOTA BHARU – Perit dengan kekalahan 0-3 pada perlawanan pusingan pertama, Skuad Piala Presiden Kelantan berazam mahu membalas dendam dengan mencipta kemenangan ke atas pendahulu liga, Sabah apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam perlawanan Liga Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini.

13 April 2011

Kelantan Kena Belasah


PERAK 4
Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri (m-5)
Mohd Shafiq Jamal (m-26)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-78)
Razali Umar Kandasamy (m-81)
KELANTAN 0

12 April 2011

Signifikan Pertemuan Dua Jurulatih


KOTA BHARU – Pertemuan Liga Super diantara Perak menentang Kelantan di Stadium Perak, Ipoh malam ini bukan sahaja menjadi tumpuan bagi peminat bola sepak kedua-dua pasukan tetapi turut memberi makna tersendiri bagi pengendali pasukan terbabit.

Misi Kelantan ‘Calar’ Ego Seladang Di Ipoh


S. Chanthuru menjadi harapan Kelantan
untuk merobek gawang Perak pada malam ini.

KOTA BHARU – Kemenangan besar 6-0 ke atas Felda United di Kota Bharu, Sabtu lalu mengiringi peneraju Liga Super, Kelantan apabila berdepan pasukan di tangga ketiga Perak di Ipoh, hari ini.

11 April 2011

Karathu Lega Kelantan Kembali Tunjuk Garang


PEMAIN Felda United, Mohd. Kaironnisam (kiri) menghalang pemain Kelantan,
Norshahrul Idlan dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 6-0.

SELEPAS tewas mengejut di tangan T-Team Selasa lalu, Kelantan ibarat sang Singa yang terluka apabila menjadikan Felda United sebagai mangsa pertama selepas membaham pasukan tersebut 6-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV malam kelmarin.

10 April 2011

Kelantan Berpesta Gol


KELANTAN 6
Mohd Shakir Shaari (m-33)
Norshahrul Idlan Talaha (m-40)
Mohd Nizab Ayub (m-60, 71)
Danial Fadzly Abdullah (m-82)
Mohd Izuan Salahuddin (m-89)
KL FELDA UNITED FC 0

07 April 2011

Kelantan Dapat Tajaan RM1.2 Juta


Annuar (berdiri empat kanan) dan Mohd Fairose (berdiri kiri) dan sebahagian pemain
Liga Super Kelantan menunjukkan pek edisi khas happy yang baru dilancarkan, semalam.

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus menerima suntikan semangat apabila menerima tajaan lumayan bernilai RM1.2 juta daripada happy selaku penaja utama The Red Warriors musim ini.

06 April 2011

T-Team Benam Ego Kelantan


NORFARHAN (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan
gol kedua T-Team ketika menentang Kelantan
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. T-Team menang 4-3.

REPUTASI Kelantan selaku kuasa bola sepak Malaysia akhirnya tercalar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

05 April 2011

T-Team, Kelantan Berentap Lagi


Karathu memerhatikan anak buahnya menjalani latihan
 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU – Tidak sampai dua bulan menyingkirkan T-Team dalam saingan kempen Piala FA musim ini, dua seteru baru bola sepak tempatan, T-Team dan Kelantan sekali lagi turun berentap dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Chanturu Mahu Tebus Kesilapan


Chanturu mahu menebus kembali kesilapan lalu dengan menjaringkan gol
 untuk Kelantan pada pertemuan menentang T-Team, malam ini.

KOTA BHARU – Dia memiliki dua peluang terbaik untuk mencipta nama sebagai penjaring gol hatrik dalam perlawanan menentang Harimau Muda tempoh hari tetapi dipersia-siakan. Namun pertemuan menentang T-Team menjadi titik tolak kepada penyerang Kelantan, S Chanturu untuk menebus kembali kesilapannya dalam perlawanan terdahulu.

Kelantan Minat Jadi Tuan Rumah


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.

Karathu Lega, Kim Swee Hampa


Pemain Sayap, Solehin Kanasian merembat kencang biarpun cuba
dihalang pemain pertahanan Harimau Muda, Mohd Affize Faisal Mamat.

KOTA BHARU –Biarpun diasak hebat oleh pasukan Harimau Muda sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap menarik nafas lega setelah pasukan kendaliannya berjaya mengutip tiga mata penuh di Kota Bharu.

03 April 2011

Kelantan Menang Tipis


Subramaniam dan K.Solehin meraikan gol kedua Kelantan yang telah
 di jaringkan oleh S Chanturu.

KELANTAN 2
Solehin Kanasian Abdullah (m-11)
S Chanturu (m-24)
HARIMAU MUDA ‘A’ 1
Mohd Irfan Fazail (m-44)

Kelantan Kukuh Cengkaman Liga


CHANTURU (kiri) cuba dihalang Mohd Affize Faizal Mamat dalam
 perlawanan di Kota Bharu, malam tadi.

Tewaskan Harimau Muda A 2-1 di Stadium Sultan Mohamad IV
KELANTAN terselamat daripada cengkaman Harimau Muda A apabila mengutip mata penuh di Stadium Sultan Mohamad IV, hasil jaringan babak pertama K Solehin Abdullah dan S Chanturu untuk kemenangan 2-1, malam tadi.