23 April 2011

Singa Utara Kena Ratah

Penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha, menjaringkan 1 gol
dalam perlawanan menentang Perlis pada malam tadi.

KELANTAN 4
Mohd Izuan Salahuddin (m-40)
Norshahrul Idlan Talaha (m-51)
Mohd Nizab Ayub (m-69)
Muhd Badhri Radzi (m-73)
PERLIS 0

Red Warriors Baham Singa Utara

PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak
pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan
pusingan kedua Liga Super, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.
The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.

Peluang Terbaik Kutip Tiga Mata – Karathu


Norshahrul Idlan Talaha menjadi sandaran utama Kelantan untuk merobek pintu gol Perlis, malam ini.

KOTA BHARU –  Masih segar dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Perlis tempohari, Kelantan sekali lagi bersedia untuk ‘berpesta gol’ apabila turun bertemu lawan yang sama dalam aksi perlawanan pertama pusingan kedua bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Jangan Leka Sangat – Karathu


KARATHU (tengah) menganggap pertemuan menentang Perlis malam ini sangat penting.

“JANGAN leka dibuai kejayaan lalu, sebaliknya berikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan.”

Amukan Piya Sengsarakan Perlis


Piya menjaring tiga gol dalam perlawanan menentang Perlis tempoh hari.

KOTA BHARU – Tirai pusingan pertama saingan Liga Super ditutup penuh bergaya oleh Kelantan apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis dengan kemenangan besar 5-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar malam kelmarin.

Kelantan Sedia Benam Kedah

Mohd Azyu Ikmal Che Mat Nor (tengah) menjadi sandaran utama di jentera serangan
Kelantan pada pertemuan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, petang ini.

KOTA BHARU – Skuad Piala Presiden Kelantan mahu menjadikan kemenangan besar 5-1 ‘abangnya’ ke atas Perlis dalam aksi Liga Super sebagai pembakar semangat apabila turun menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang ini.

Kelantan Kembali Bangkit


NORSHAHRUL (kanan) meledak dua gol untuk
Kelantan pada aksi menentang Perlis kelmarin.
MENGHARUNGI dua perlawanan yang cukup mengecewakan terutama ketika tumpas di tangan pasukan Perak sebelum diikat Sabah di laman sendiri sehingga menimbulkan keresahan peminat pantas diubati oleh skuad The Red Warriors.