15 May 2011

Karathu Puji Aksi Pemain

AKSI cemerlang pemain Kelantan ketika membenam Selangor 5-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin mendapat pujian menggunung jurulatihnya, Datuk M Karathu.
Beliau berkata, anak buahnya wajar mendapat pujian kerana bukan mudah untuk menjaringkan lebih daripada tiga gol di Shah Alam.

KAFA Hantar Surat Bantahan


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil langkah menghantar surat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan insiden bakar bendera ketika perlawanan Liga Super Kelantan menentang Negeri Sembilan minggu lalu.

14 May 2011

Pesta Kelantan


Norshahrul Idlan Talaha (tengah) meraikan kejayaan menyumbat
gol buat pasukan Kelantan menentang Selangor pada saingan
separuh akhir pertama Piala FA di Shah Alam, malam tadi.

Dapat bekalan selesa di Shah Alam
KELANTAN sudah sebelah kaki untuk mengulangi kemaraan layak ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut selepas membuat kejutan membelasah Selangor 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gergasi Merah Diratah

PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri)
diasak dua pemain Selangor

KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.